Sukan Perpaduan Islam 2013

Sukan Perpaduan Islam ke-3
Bandar tuan rumahPalembang, Sumatera Selatan, Indonesia
Cogan kataHarmoni dalam Kesatuan
Penyertaan negara44
Acara18 sukan
Upacara pembukaan22 September
Upacara penutupan1 Oktober
Stadium utamaStadium Gelora Sriwijaya

Sukan Perpaduan Islam ke-3 ialah suatu temasya sukan antarabangsa yang diadakan di Palembang, Indonesia bermula dari 22 September hingga 1 Oktober 2013. Asalnya temasya ini direncanakan untuk dilangsungkan di Pekanbaru, Riau, namun ia dipindahkan ke Palembang selepas panitia ISSF mendapati fasiliti di Riau masih tidak mencapai tahap piawaian antarabangsa yang diperlukan, sedangkan Palembang sebelumnya telah menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2011.[1]

Tuan rumah, Indonesia muncul juara apabila mengutip pingat tertinggi dengan jumlah keseluruhan 104 pingat iaitu 36 pingat emas, 34 perak dan 34 gangsa.[2]

  1. ^ Deryardli (22 September 2013). Hendra Kusuma (penyunting). "ISG Digelar di Palembang, Menpora Berterima Kasih Kepada Masyarakat Riau". Sriwijaya Post. Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  2. ^ Radhi Razak (2 Oktober 2013). "ISG 2013 : Malaysia Catat Pencapaian Luar Biasa". rakyatnews.my. KLpos Media. Dicapai pada 3 Oktober 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy